Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.
Posted by admin November - 9 - 2011 - Wednesday ADD COMMENTS

Jerangau
(Acorus calamus)
ACORACEAE
- Turut dikenali dengan nama Jeringau, Jerangang, Alwah, Sweet Flag, Dlingo (Indonesia), Sweet Sedge, Myrtle Flag dan Calamus.
- Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit.
- Memerlukan cahaya matahari penuh.
- Keseluruhan tumbuhan menghasilkan bau wangi terutamanya di bahagian rizom.
- Pertumbuhan jerangau mampu mencapai ketinggian 1m.
- Memiliki daun yang keras dan memanjang dengan hujung yang runcing.
- Rizom berbentuk silinder berwarna putih dan diselaputi kulit berwarna coklat.
- Menghasilkan bunga berwarna kuning di antara ketiak daun namun di Malaysia, jerangau dikatakan tidak menghasilkan bunga.
- Dibiakkan dengan menggunakan rizom dan belahan rumpun.
- Telah lama digunakan sebagai ubat herba tradisional di merata tempat untuk merawat sakit perut, cirit-birit, sakit urat, sawan, demam panas dan rawatan ibu bersalin.
- Minyak pati jerangau (Calamus oil) turut digunakan secara komersial di dalam industri wangian.
- Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat nasihat daripada pakar bagi mengelakkan keracunan.
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Remayung Hijau
(Basella alba)
BASELLACEAE
- Juga dikenali dengan nama Green Ceylon Spinach, Huang Ti Cai.
- Merupakan tumbuhan jenis memanjat pada sokongan.
- Mempunyai batang jenis lembut tidak berkayu.
- Keseluruhan tumbuhan mengandungi musilaj atau lendir jernih.
- Boleh dimakan mentah sebagai ulam, dikukus atau digunakan dalam masakan sup sebagai agen pemekat.
- Ia dikatakan kaya dengan vitamin A, C, zat besi, kalsium dan kandungan serat yang tinggi.
- Hidup dengan baik di tanah bersaliran baik, lembab dan separa teduh.
- Terdapat dua jenis remayung yang biasa digunakan dalam masakan cina iaitu remayung merah (Basella rubra) dan remayung hijau (Basella alba).
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Som Jawa
(Talinum triangulare)
PORTULACACEAE
- Sinonim: Talinum paniculatum, Portulaca paniculata.
- Juga dikenali dengan nama Akar Som, Kolesom, Ginseng Jawa, Ulam Ginseng, Daun Ginseng, Gelang Porslen, Krokot Belanda, Panicled Fameflower atau Jewels of Opar.
- Berbatang lembut tidak berkayu dengan bunga 5 kelopak berwarna ungu muda.
- Daun dan batang mengandungi lendir.
- Menghasilkan buah bersaiz kecil dengan biji benih berwarna hitam apabila matang.
- Akar yang sudah tua membentuk umbisi seakan ginseng.
- Hidup dengan subur di kawasan separa teduh dan tanah bersaliran baik.
- Seluruh tumbuhan digunakan dalam bentuk segar dan kering secara tradisional mengikut fungsinya untuk merawat lemah tenaga batin, bisul, bengkak, kurang selera makan, paru-paru lemah, keputihan, haid tidak teratur dan masalah susu ibu terlalu sedikit.
- Bersifat neutral dan berasa manis, sedikit pedas.
- Turut diamalkan secara tradisi oleh penduduk tempatan sebagai ulam bersama nasi untuk awet muda atau digoreng terlebih dahulu.
- Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat nasihat daripada pakar herba bagi mengelakkan keracunan.
Rujukan Herba:
Produk Lain: