Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Archive for February, 2009

ati-ati merah bun

Ati-ati Merah

(Coleus artopurpureus)

LABIATAE/ LAMIACEAE

  • Herba semusim yang mempunyai batang lembut dan bercabang monopodial.
  • Mempunyai bunga berwarna ungu keputihan.
  • Biasa digunakan sebagai penghias laman dan mempunyai pelbagai variasi warna.
  • Mengandungi saponin, flavonoid, polifenol dan minyak sari.
  • Daun ati-ati merah digunakan dalam perubatan untuk merawat demam, bisul dan haid yang tidak teratur.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

adami

Damiana

(Turnera diffusa)

TURNERACEAE

  • Juga dikenali sebagai “Turnera aphrosidiaca”, bunga lidah kucing atau bunga pukul lapan.
  • Digunakan sebagai perangsang syahwat (aphr0disiak) bagi lelaki dan wanita di Mexico.
  • Turut digunakan untuk merawat sakit kepala dan untuk mengawal “bed-wetting”.
  • Tidak sesuai untuk sesetengah pesakit  seperti penghidap Alzheimer,  kencing manis, Parkinson dan mereka yang mengalami masalah psikiatri.
  • Popular sebagai tanaman landskap kerana warna bunganya yang terang.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

hempedu bumi bungahbumi

Hempedu bumi

( Andrographis paniculata)

ACANTHACEAE

  • Juga dikenali dengan nama King of Bitter, Akar cerita, Sambiloto,dan Maha tita.
  • Herba semusim yang tumbuh tegak.
  • Ketinggian maksimum boleh mencapai 60-70 cm.
  • Hidup dengan baik di tanah gembur.
  • Membiak dengan menggunakan biji benih serta keratan batang..
  • Dijadikan ubat untuk kencing manis (diabetes) dan darah tinggi (hipertensi).
  • Daun herba ini yang ditumbuk lumat dan disapu pada kulit untuk merawat luka dan gigitan serangga.

Petua:

  • Bagi merawat darah tinggi, sehelai daun yang telah dibersihkan, diletakkan di dalam gelas dan tuangkan air panas. Tutup dan biarkan selama 2 minit. Minum perlahan-lahan kerana rasanya yang terlalu pahit terutama bagi yang baru pertama kali mencuba. Amalkan sehari sekali. Jika sudah sembuh, tidak perlu lagi. Memadai mengamalkannya seminggu sekali.
  • Untuk lebih mudah, dapatkan kapsul atau daun hempedu bumi yang telah dikeringkan dari kami. Dijamin 100% hempedu bumi tanpa campuran bahan lain.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell processed herb\'s product.