Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.
Archive for March, 2009
Cekur
(Kaempferia galanga L.)
ZINGIBERACEAE
- Juga dikenali sebagai kencur (Indonesia), proh horm/ horm waan (Thailand), Fingerroot.
- Herba yang hidup melebar di atas tanah.
- Daunnya mempunyai aroma, tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat.
- Tidak mempunyai batang.
- Bunga tumbuh secara sendirian berwarna putih ungu di tengah-tengah pokok.
- Rizomnya bercabang-cabang berbentuk seperti jari, beraroma dan isinya berwarna kuning oren.
- Ubi akar yang keluar daripada rizom adalah panjang , berisi, beraroma tetapi tidak bercabang.
- Daunnya dimakan segar sebagai ulam bersama nasi.
- Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.
- Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dijadikan bedak untuk merawat masalah jerawat.
- Sangat berkhasiat dan dijadikan amalan terutama bagi wanita berkahwin.
- Cekur turut digunakan untuk merawat masalah kelemumur.
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Akar wangi
(Vetiveria zizaniodes)
POACEAE
- Juga dikenali sebagai Vetiver Grass atau Andropogon zizanoides.
- Mempunyai akar kekuningan yang berbau wangi.
- Ditanam di lereng-lereng bukit secara komersial di Indonesia.
- Ketinggiannya boleh mencecah 1 meter.
- Daun tunggal berbentuk pita.
- Menghasilkan bunga seperti keluarga rumput yang lain.
- Bahagian akar digunakan bagi menghasilkan minyak pati /minyak atsiri akar wangi dan direbus secara tradisional sebagai mandian untuk mewangikan badan.
- Selain itu, akarnya juga dikeringkan dan disimpan sebagai pewangi almari atau barang-barang penting seperti batik dan keris.
- Daunnya turut dikeringkan dan dianyam menjadi tikar.
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Gelang Pasir
(Portulaca oleraceae L.)
PORTULACACEAE
- Juga dikenali sebagai hemilang, rumput beremi, segan jantan, Common Purslane, Verdolaga, Pigweed, Little Hogweed and Pusley.
- Mempunyai sifat antivirus, antibakteria, antikulat, mengurangkan aktiviti sistem saraf, dan mengurangkan gula dalam darah.
- Tumbuhan ini tumbuh merayap atau menjalar, menyimpan banyak air dan mempunyai banyak cabang.
- Daunnya ringkas dan kecil dengan bunga berwarna kuning bagi jenis liar.
- Gelang pasir jenis hiasan mempunyai banyak warna.
- Dipercayai antara jenis sayuran awal yang digunakan oleh manusia sebagai sumber makanan.
- Seluruh bahagian pokok digoreng atau dibuat sup seperti sayur lain.
- Pucuk dan daun muda boleh dimakan mentah.
- Telah direkodkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam senarai tumbuhan ubatan herba paling kerap digunakan.
- Haiwan ternakan yang makan terlalu banyak gelang pasir boleh mati disebabkan keracunan nitrat.
Khasiat Perubatan:
- Seluruh bahagian tumbuhan ini dimakan sebagai sayur mentah atau direbus dan diminum airnya untuk melawaskan buang air kecil, air besar, merawat reumatisme, ginekologi (sakit puan),
- Ia turut digunakan bagi mengurangkan rasa sakit, tonik jantung, tonik umum, penenang, ubat demam panas, penawar racun, masalah saluran kencing, cirit-birit, penyakit akibat kecacingan, dan menghentikan pendarahan.
- Gelang pasir ditumbuk lumat dan ditamapal pada pelbagai penyakit kulit seperti ulser, ekzema, tumor, bengkak, luka teruk, kelecuran, buasir,bisul, gigitan serangga, sengatan kala atau lipan, patukan ular dan sebagainya.
- Cecairnya pula digunakan sebagai losyen mata.
Rujukan Herba:
Produk Lain: