Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba, herba kering dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Harga yang dinyatakan adalah termasuk penghantaran bagi Semenanjung Malaysia.
Archive for April, 2009

Sambung Nyawa
Gynura procumbens
COMPOSITAE
- Juga dikenali sebagai akar sebiak, sambung hayat, kelemai merah, kacam akar.
- Digunakan secara meluas dalam perubatan di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
- Berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis (diabetes), kanser dan masalah buah pinggang.
- Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur dengan minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.
- Dimakan sebagai ulam sehelai setiap hari dikatakan dapat mengurangkan risiko terkena sakit jantung.
- Pengambilan berlebihan daun segar atau jus segar herba ini boleh mengakibatkan rasa loya, mual dan muntah kerana cecair daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah.
- Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah.
- Terdapat dua jenis iaitu sambung nyawa hijau dan ungu.
- Sambung nyawa jenis ungu sukar didapati.
- Batang sambung nyawa hijau yang tua mempunyai bintik-bintik keunguan manakala sambung nyawa ungu mempunyai daun yang hijau keunguan dengan batang berwarna gelap.
- Mudah membiak melalui keratan batang.
- Herba menjalar yang tumbuh dengan baik di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana tanpa air bertakung.
- Boleh tumbuh setinggi 4m jika dapat bersandar atau memanjat pokok lain.
- Mempunyai bunga tetapi jarang berlaku di Malaysia.
Rujukan Herba:
- IPTEK
- Wikipedia (Melayu)
- Terapi Alami: Tumbuhan Hiasan, Utusan Publication and Distributors (Ong Hean Chooi)
Produk untuk Tempahan:
Lihat: Terma dan Syarat

Jarak Merah
(Ricinus communis)
EUPHORBIACEAE
- Juga dikenali sebagai Castor Bean, Jarak Merah .
- Mempunyai daun berwarna hijau kemerahan dan hijau bergantung kepada variasi.
- Buahnya digunakan dalam industri komestik dan perubatan.
- Minyak jarak digunakan untuk mengatasi masalah sembelit ( dilarang minum bagi wanita mengandung dan sedang haid).
- Minyaknya juga boleh digunakan untuk mengubati luka.
- Seluruh bahagian pokok adalah beracun kepada haiwan dan manusia, terutama tempurung bijinya kerana kandungan bahan kimia yang dinamakan ricin.
- Gejala keracunan dari jarak minyak ialah sakit perut yang kuat, cirit birit dan muntah yang akan dirasai selepas beberapa jam termakan bahagian jarak minyak.
- Dikatakan hanya satu miligram ricin cukup untuk membawa maut kepada orang dewasa.
- Hanya sebiji buah jarak minyak mampu untuk membunuh seorang kanak-kanak.
- Elakkan menanamnya dikawasan halaman rumah.
Rujukan Herba:
Produk untuk Tempahan:
- Biji benih: RM 5.00 untuk 20 biji.
Lihat: Terma dan Syarat.

Serai Acheh
ZINGIBERACEAE
- Tumbuhan berumpun yang mudah membiak.
- Daunnya mengeluarkan bau seperti daun serai.
- Digunakan sebagai pengganti serai dalam masakan
- Mempunyai bunga yang cantik berwarna kekuningan.
- Digunakan untuk membuang angin di dalam badan dan melancarkan pengaliran darah.
Rujukan Herba:
Produk untuk Tempahan:
- Benih: RM 13.00 / polibag.
Lihat: Terma dan Syarat

Kunyit Putih
(Kaempferia rotunda L.)
ZINGIBERACEAE
- Juga dikenali sebagai White Tumeric, kunir putih, temu putri atau kunci pepet. Ada juga yang mengenalinya dengan nama latin Curcuma alba.
- Daunnya seperti kunyit tetapi mempunyai warna merah hati gelap di belakang.
- Isinya berwarna putih seperti kapur.
- Tumbuh dengan baik di kawasan yang redup dan agak tersorok.
- Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat kembung perut dan lain-lain.
- Dikatakan berkhasiat untuk merawat kanser kerana mempunyai sifat anti-kanser namun masih tidak dapat dibuktikan.
Rujukan Herba:
Produk untuk Tempahan:
- Benih: RM 45.00/ polibag.
- Rizom: RM60.00/15 gram.
Lihat: Terma dan Syarat.