Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Archive for August, 2009

bunga kesum rumpun kesum

Kesum

(Polygonum minus)

POLYGONACEAE

  • Turut dikenali dengan nama Daun Senahun, Rumput Tubuh, Tuba Seluang, Water-pepper.
  • Kini dikenali sebagai Persicaria hydropiper (L.) Spach. selepas penamaan semula tumbuhan dari keluarga Polygonaceae.
  • Hidup dengan baik di kawasan yang lembab, terbiar dan becak.
  • Biasanya tumbuh bersama dengan Persicaria minor Huds. (Small water-Pepper) yang mempunyai daun lebih kecil, rendah, berbatang lembut.
  • Persicaria hydropiper juga boleh dibezakan berdasarkan bau dan rasanya yang lebih tajam berbanding Persicaria minor.
  • Mempunyai bunga berwarna putih kehijauan sehingga merah jambu.
  • Mudah dibiakkan dengan keratan batang.
  • Boleh ditanam dalam keadaan naungan atau cahaya matahari penuh asalkan diberi bekalan air yang mencukupi.
  • Daun muda dan batang digunakan sebagai perisa makanan seperti kari ikan, laksa, asam pedas dan pelbagai lauk lain.
  • Sebagai herba, daun kesum berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan pembuangan air kecil dan pembuangan air besar, membunuh atau menyingkirkan  cacing dalam perut dan usus, sebagai stimulan, merangsang haid.
  • Ia digunakan untuk merawat reumatisme, gout, radang sendi dan batu karang. Namun pengambilan terlalu kerap  adalah dilarang kerana kandungan asid oksalik di dalamnya menghalang pemyerapan mineral ke dalam tubuh.
  • Jus perahan  daun kesum digunakan untuk merawat masalah kelemumur dan menghitamkan rambut, ubat pupuk di tempat berkudis dan sakit bagi manusia dan haiwan ternakan.
  • Ia juga merupakan sebahagian daripada ramuan campuran untuk wanita lepas bersalin.
  • Biji kesum jenis ‘Water-pepper’ digunakan dalam pembuatan wasabi.
  • Kesum mengandungi minyak pati (essential oil) dan berpotensi dikomersialkan sebagai pewangi untuk industri kosmetik dan penjagaan diri (toiletries).
  • Kesum telah mula digunakan sebagai lapisan pembalut kapsul di pasaran atau dikenali sebagai ‘ulam protective coating’ (Biotropics).

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

kaduk-daun rumpun kaduk

Kaduk

(Piper samentosum Roxb.)

PIPERACEAE

  • Turut dikenali dengan nama karuk, Wild Pepper Leaf, sirih tanah,  kado-kado, gofu tofere.
  • Tumbuh liar menjalar di atas tanah dan memanjat pada sokongan.
  • Hidup subur di kawasan teduh dan lembap.
  • Mudah dibiakkan dengan keratan batang.
  • Daun kaduk seakan sireh tetapi mempunyai urat yang lebih jelas dan permukaan daun hijau gelap berkilat.
  • Tidak mempunyai bau sekuat sireh.
  • Mengeluarkan bunga di ketiak daun dengan tangkai panjang kira-kira 2 cm.
  • Buah bulat, kecil berwarna putih.
  • Kaduk biasanya dimakan segar sebagai ulam dan digunakan dalam masak lemak udang atau ketam oleh orang Melayu.
  • Di Thailand, kaduk digunakan untuk membalut makanan ringan mereka yang dikenali sebagai “miang kam“.
  • Semua bahagian tumbuhan ini boleh digunakan dalam perubatan herba sama ada daun segar dan akar serta buah segar atau yang telah dikeringkan.
  • Kaduk digunakan mengikut dosnya untuk mengubati masalah susah kencing, asma, sakit perut, malaria, batuk, ngilu pada gigi, sengal tulang, panau dan juga menguruskan badan.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell processed herb\'s product.