Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba, herba kering dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Harga yang dinyatakan adalah termasuk penghantaran bagi Semenanjung Malaysia.

Archive for March, 2010

Mayang Sari

(Cestrum nocturnum)

SOLANACEAE

  • Turut dikenali dengan nama Sedap Malam, Sri Pekan, Sundal Malam, Santalia, Night Blooming Cestrum, Lady of the Night, Night Blooming Jasmine, ye lai xiang (China), Galan de Noche (Spanish) , Bunga Dayang (Sunda) dan Raat ki Rani (India).
  • Merupakan tumbuhan berkayu yang membentuk rimbunan sekiranya sering dicantas dengan ketinggian 4m.
  • Mempunyai bunga dalam bentuk jambak berwarna putih kehijauan atau kekuningan dengan lima kelopak.
  • Bunganya mengeluarkan bau harum yang sangat kuat pada waktu malam.
  • Buah mayang sari adalah beracun, berbentuk beri kecil, berwarna hijau ketika muda dan menjadi putih apabila matang.
  • Ia tahan kepada cahaya matahari dan hidup subur di tanah bersaliran baik.
  • Selain sebagai tumbuhan hiasan, bunga mayang sari turut  digunakan dalam penghasilan minyak wangi, bedak nyonya atau bedak kulit rambai.
  • Bedak campuran bunga ini juga dijadikan mandian bagi menghaluskan kulit, menghilangkan parut kecil pada kulit, serta mencegah jeragat pada kulit.

Rujukan Herba:

Produk untuk Tempahan:

  • Benih: RM 15.00/polibag

Lihat: Terma dan Syarat.

tempahan

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)
E-mel: amhonaz@gmail.com/ amhoain@streamyx.com

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell dried herbs.