Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua,
- Alhamdulillah. Syukur diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Seri Subuh Agrofarm mula dikenali ramai peminat tanaman herba setelah hampir dua tahun beroperasi.
- Berikutan sambutan yang amat menggalakkan melalui jualan di nurseri, Seri Subuh Agrofarm terpaksa menutup penerimaan tempahan anak pokok bagi penghantaran pos serta produk-produk yang lain untuk sementara waktu mulai 25 Jun 2010 sehingga 11 Januari 2011.
- Sebarang pertanyaan dalam tempoh tersebut masih boleh dibuat melalui komen di blog/ web, emel atau sms kepada pihak Seri Subuh Agrofarm. Nantikan pembukaan semula tempahan dari kami dengan variasi anak pokok herba yang baru serta produk kosmetik berasaskan herba.
- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pelanggan-pelanggan setia, rakan-rakan serta pengunjung blog ini di atas sokongan penuh kepada kami. Mohon maaf di atas sebarang kesulitan dan kekurangan kami. Semoga berjumpa lagi. ^___^y
- Salam sayang buat semua pembaca dari kami di,
SERI SUBUH AGROFARM






