Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba, herba kering dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Harga yang dinyatakan adalah termasuk penghantaran bagi Semenanjung Malaysia.

Search Results

tlawk temulawak

Temulawak

(Curcuma xanthorrhiza Roxb.)

ZINGIBERACEAE

  • Tumbuhan sekeluarga dengan kunyit , temu dan halia.
  • Dikenali sebagai False Tumeric, temu lawak tommo, korbanga, temu labak, koneng gede.
  • Ketinggian mencapai 2.5m.
  • Mempunyai daun yang berjalur merah hati diatas sperti jenis temu yang lain.
  • Membiak dengan baik di tanah yang lembab, redup tetapi tidak bertakung air.
  • Rizom atau rimpangnya berwarna seakan kunyit makan (Curcuma longa) tetapi lebih besar.
  • Mengeluarkan bau yang kuat dan rasanya pahit.
  • Bunga temulawak berwarna putih kemerahan atau kuning.
  • Rizomnya digunakan secara tradisional dalam bentuk kering atau segar sebagai ubat herba untuk merawat masalah sembelit, cacar air, sariawan, asma, bisa-bisa sendi dan tulang (arthritis dan reumatik) dan sakit limpa, hepatitis.
  • Ia turut digunakan untuk mengatasi masalah bau badan dan bau haid.
  • Temulawak juga dilaporkan membantu merawat masalah jerawat dan pengambilannya secara konsisten dalam dos yang betul dapat menambah selera makan terutama bagi penderita Anoreksia primer

Rujukan Herba:

Produk untuk Tempahan:

  • Benih: RM 35.00/ Polibag

Lihat: Terma dan Syarat

    tempahan

    Jika sebelum ini kami hanya menawarkan produk herba berikut untuk tempahan:-

    • Benih herba dalam bentuk:-
    1. Polibag,
    2. Keratan batang,
    3. Biji benih,
    4. Rizom,
    5. Bebawang,
    6. ‘bare root’.
    • Pelbagai variasi herba kering seperti:-

    dsc00245 mixed herb 11 in One

    1. Nilam,
    2. Misai kucing,
    3. Pecah Kaca,
    4. Sambung nyawa,
    5. Ketumbar jawa,
    6. Hempedu bumi,
    7. Damiana,
    8. Abuliton,
    9. Pegaga,
    10. Serai.

    pchkaca seraimkn

    Kini anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan pelbagai jenis produk herba daripada kami dalam bentuk berikut:-

    • Kordial.
    1. Kordial Pecah Kaca,
    2. Kordial Misai Kucing.

    kordial pecah kaca

    • Kapsul Herba.
    1. Kapsul Hempedu Bumi,
    2. Kapsul Mahkota Dewa,
    3. Kapsul Mas Cotek,
    4. Kapsul Mempahit,
    5. Kapsul Kacip Fatimah,
    6. Kapsul Bakawali,
    7. Kapsul Temu Pauh,
    8. Kapsul Sidaguri,
    9. Kapsul Keladi Tikus,
    10. Kapsul Rumput Mutiara,
    11. Kapsul Cakar Ayam.

    kapscul mas cotek kapsul keladi tikus kapsul mahkota dewa

    Hubungi kami segera di talian 016-966 2747 atau emelkan sebarang pertanyaan melalui emel amhonaz@gmail.com.

    Tempahan awal diperlukan bagi sesetengah kapsul. Penghantaran akan dibuat melalui pos atau “Cash on Delivery” bergantung kepada kuantiti pembelian.

    tempahan

    temukunci tkunci temu-kunci-bga

    Temu Kunci

    Boesenbergia rotunda

    ZINGIBERACEAE

    • Juga dikenali sebagai Kaempferia pandurata, Boesenbergia pandurata, Fingerroot, Chinese Ginger, Krachai (Thailand).
    • Herba yang tumbuh rendah seperti cekur.
    • Rizom kekuningan berbentuk seakan-akan jari.
    • Batangnya merupakan batang asli di dalam tanah sebagai rimpang, berwarna kuning coklat, aromatik, menebal.
    • Daun bawah berupa pelepah daun berwarna merah tanpa helaian daun.
    • Berbunga pada bulan Januari- Februari dan April – Jun.
    • Tumbuh dengan baik pada iklim panas dan lembab pada tanah yang relatif subur dengan pertukaran udara dan pengaliran air yang baik.
    • Pertumbuhan rizom terganggu atau cepat busuk jika ditanam di tanah yang sering digenangi air.
    • Rizom dituai selepas setahun penanaman.
    • Secara umum, rizom temu kunci digunakan di Indonesia, Thailand dan Malaysia serta masyarakat Asia sebagai peluruh kahak, peluruh kentut, penambah nafsu makan, menyembuhkan sariawan, dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

    Rujukan Herba:

    Produk untuk Tempahan:

    • Benih: RM25.00/ polibag

    Lihat: Terma dan Syarat.

    tempahan

    lempoyg lempoygbga

    Lempoyang

    Zingiber zerumbet

    ZINGIBERACEAE

    • Juga dikenali sebagai lempoyang gajah, lempuyang kapur, lempuyang paek, lempoyang kebo, pinecone ginger, shampoo ginger, Awapuhi kuahiwi (Hawaii).
    • Merupakan tumbuhan semak, semusim.
    • Boleh tumbuh setinggi 1m.
    • Akar serabut, warna kuning keputih-putihan.
    • Dibiakkan melalui rizom.
    • Memerlukan tempat yang mendapat cahaya matahari penuh atau sedikit terlindung.
    • Mudah dijaga seperti tanaman liar lain.
    • Rizomnya telah lama digunakan secara tradisional digunakan untuk merawat sakit perut, kembung perut, kurang selera makan, diarea, penyakit kulit.
    • Bunganya digunakan untuk membuat syampu rambut.
    • Bersifat anti-inflamasi dan melancarkan perjalanan darah.

    Rujukan Herba:

    Produk untuk Tempahan:

    • Benih: RM 15.00 / polibag.

    Lihat: Terma dan Syarat

    tempahan

    black-tumeric rizomkunyit

    Kunyit Putih

    (Kaempferia rotunda L.)

    ZINGIBERACEAE

    • Juga dikenali sebagai White Tumeric, kunir putih, temu putri atau kunci pepet. Ada juga yang mengenalinya dengan nama latin Curcuma alba.
    • Daunnya seperti kunyit tetapi mempunyai warna merah hati gelap di belakang.
    • Isinya berwarna putih seperti kapur.
    • Tumbuh dengan baik di kawasan yang redup dan agak tersorok.
    • Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat kembung perut dan lain-lain.
    • Dikatakan berkhasiat untuk merawat kanser kerana mempunyai sifat anti-kanser namun masih tidak dapat dibuktikan.

    Rujukan Herba:

    Produk untuk Tempahan:

    • Benih: RM 45.00/ polibag.
    • Rizom: RM60.00/15 gram.

    Lihat: Terma dan Syarat.

    tempahan

    cekur cekurbga

    Cekur

    (Kaempferia galanga L.)

    ZINGIBERACEAE

    • Juga dikenali sebagai kencur (Indonesia), proh horm/ horm waan (Thailand), Fingerroot.
    • Herba yang hidup melebar di atas tanah.
    • Daunnya mempunyai aroma, tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat.
    • Tidak mempunyai batang.
    • Bunga tumbuh secara sendirian berwarna putih ungu di tengah-tengah pokok.
    • Rizomnya bercabang-cabang berbentuk seperti jari,  beraroma dan isinya berwarna kuning oren.
    • Ubi akar yang keluar daripada rizom adalah panjang , berisi, beraroma tetapi tidak bercabang.
    • Daunnya dimakan segar sebagai ulam bersama nasi.
    • Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.
    • Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dijadikan bedak untuk merawat masalah jerawat.
    • Sangat berkhasiat dan dijadikan amalan terutama bagi wanita berkahwin.
    • Cekur turut digunakan untuk merawat masalah kelemumur.

    Rujukan Herba:

    Produk untuk Tempahan:

    • Benih: RM 7.00/ polibag.

    Lihat: Terma dan Syarat.

    tempahan

    rizom caesia dauncaesia khitam1caesia

    Kunyit Hitam/ Black Tumeric

    (Curcuma caesia)

    ZINGIBERACEAE

    • Turut dikenali sebagai Kali haldi.
    • Rizom berwarna biru kehitaman dan semakin gelap apabila semakin tua, mengeluarkan bau yang kuat dan berasa agak pahit jika dimakan.
    • Bahagian atas daunnya mempunyai tanda garisan berwarna merah hati ditengah-tengah dan batangnya berwarna gelap di pangkal.
    • Mempunyai persamaan yang hampir dengan temu hitam (Curcuma aeruginosa) namun dapat dibezakan melalui warna rizomnya yang lebih gelap dan bau rizomnya.
    • Popular kerana nilai perubatannya yang unik.
    • Dipercayai dapat memanjangkan umur dan mempunyai nilai mistik.
    • Digunakan secara tradisional untuk merawat kecacingan, menambah selera makan, kecergasan selepas haid dan nifas, sakit perut, asma, penyakit sendi, tumor, kusta serta penyakit kulit yang lain dan sebagainya.
    • Sukar untuk didapati dan diancam kepupusan.

    Rujukan Herba:

    Produk untuk Tempahan:

    • Benih: RM 55.00/polibag.

    Lihat: Terma dan Syarat.

    tempahan

    Harga:

    • Harga produk yang diletakkan adalah harga termasuk penghantaran bagi SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.
    • Bagi pembelian secara borong, terma dan syarat adalah tertakluk kepada hasil perbincangan dengan pihak kami.

    Pesanan:

    • Sila baca dan pastikan dengan betul produk yang hendak di pesan.
    • Harga pesanan produk yang diletakkan adalah harga termasuk penghantaran bagi SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.
    • Kami berhak untuk tidak menerima pesanan daripada pelanggan tertentu.
    • Sila buat pembayaran dalam masa SEMINGGU daripada tarikh pesanan dibuat.
    • Syarat-syarat yang dinyatakan ini adalah untuk pembelian dalam jumlah kecil.
    • Pesanan hanya sah selepas kami menerima pembayaran yang dibuat.
    • Bagi pembelian secara borong, terma dan syarat adalah tertakluk kepada hasil perbincangan dengan pihak kami.

    Pembayaran:

    • Kami menerima bayaran menerusi wang yang dimasukkan ke dalam akaun BCB yang diberi sahaja.
    • Kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli kecuali dinyatakn sebaliknya.
    • Bukti pembayaran hendaklah dibuat dengan menyatakan maklumat berikut melalui SMS/ e-mel kepada kami:-
    1. Nama penuh,
    2. Alamat penerima,
    3. Tarikh/ Masa pembayaran,
    4. Jumlah pembayaran,
    5. Produk yang di pilih.
    • Kami akan membalas menerusi SMS/ e-mel sebagai pengesahan penerimaan bayaran.

    Penghantaran:

    • Kami hanya menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh POS MALAYSIA sahaja .
    • Kami membenarkan pelanggan untuk membeli di nurseri.
    • Bagi pembelian secara borong, perkhidmatan Cash-on-Delivery (COD) atau ambil sendiri adalah mengikut terma dan syarat yang tertakluk kepada hasil perbincangan dengan pihak kami.
    • Produk akan dihantar selepas pengesahan bukti pembayaran dalam masa:-
    1. DUA (2) MINGGU bagi pesanan produk herba, biji benih, rizom, dan bebawang.
    2. EMPAT (4) MINGGU bagi pesanan anak benih pokok.
    • Penghantaran dilakukan pada kadar segera dalam tempoh 45 hari dari tarikh pihak kami menerima pembayaran pesanan.
    • Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk yang diterima, hubungi kami dengan menyatakan sebab dalam masa dua (2) hari.
    • Jika anda hendak menuntut ganti rugi, kos penghantaran pengembalian produk ditanggung sendiri.
    • TIADA perkhidmatan COD dan/atau AMBIL SENDIRI untuk pemulangan produk.
    • Kami TIDAK bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan dan/atau kehilangan produk semasa penghantaran oleh pihak kurier.

    Jika anda bersetuju dengan terma dan syarat kami, teruskan mengisi borang pesanan. Sebarang masalah juga boleh dikemukakan melalui borang tersebut atau menghantar SMS kepada kami.

    Terima kasih.

    tempahan

    About us

    SERI SUBUH AGROFARM

    (NS0041051-H)

    No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
    Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)
    E-mel: amhonaz@gmail.com/ amhoain@streamyx.com

    ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell dried herbs.