Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Mayang Sari
(Cestrum nocturnum)
SOLANACEAE
- Turut dikenali dengan nama Sedap Malam, Sri Pekan, Sundal Malam, Santalia, Night Blooming Cestrum, Lady of the Night, Night Blooming Jasmine, ye lai xiang (China), Galan de Noche (Spanish) , Bunga Dayang (Sunda) dan Raat ki Rani (India).
- Merupakan tumbuhan berkayu yang membentuk rimbunan sekiranya sering dicantas dengan ketinggian 4m.
- Mempunyai bunga dalam bentuk jambak berwarna putih kehijauan atau kekuningan dengan lima kelopak.
- Bunganya mengeluarkan bau harum yang sangat kuat pada waktu malam.
- Buah mayang sari adalah beracun, berbentuk beri kecil, berwarna hijau ketika muda dan menjadi putih apabila matang.
- Ia tahan kepada cahaya matahari dan hidup subur di tanah bersaliran baik.
- Selain sebagai tumbuhan hiasan, bunga mayang sari turut digunakan dalam penghasilan minyak wangi, bedak nyonya atau bedak kulit rambai.
- Bedak campuran bunga ini juga dijadikan mandian bagi menghaluskan kulit, menghilangkan parut kecil pada kulit, serta mencegah jeragat pada kulit.
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Jerangau
(Acorus calamus)
ACORACEAE
- Turut dikenali dengan nama Jeringau, Jerangang, Alwah, Sweet Flag, Dlingo (Indonesia), Sweet Sedge, Myrtle Flag dan Calamus.
- Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit.
- Memerlukan cahaya matahari penuh.
- Keseluruhan tumbuhan menghasilkan bau wangi terutamanya di bahagian rizom.
- Pertumbuhan jerangau mampu mencapai ketinggian 1m.
- Memiliki daun yang keras dan memanjang dengan hujung yang runcing.
- Rizom berbentuk silinder berwarna putih dan diselaputi kulit berwarna coklat.
- Menghasilkan bunga berwarna kuning di antara ketiak daun namun di Malaysia, jerangau dikatakan tidak menghasilkan bunga.
- Dibiakkan dengan menggunakan rizom dan belahan rumpun.
- Telah lama digunakan sebagai ubat herba tradisional di merata tempat untuk merawat sakit perut, cirit-birit, sakit urat, sawan, demam panas dan rawatan ibu bersalin.
- Minyak pati jerangau (Calamus oil) turut digunakan secara komersial di dalam industri wangian.
- Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat nasihat daripada pakar bagi mengelakkan keracunan.
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Akar Wangi
(Vetiveria zizanioides)
POACEAE
- Juga dikenali sebagai Vetiver Grass atau Andropogon zizanioides.
- Mempunyai akar kekuningan yang berbau wangi.
- Ditanam di lereng-lereng bukit secara komersial di Indonesia.
- Ketinggiannya boleh mencecah 1 meter.
- Daun tunggal berbentuk pita.
- Menghasilkan bunga seperti keluarga rumput yang lain.
- Bahagian akar digunakan bagi menghasilkan minyak pati /minyak atsiri akar wangi dan direbus secara tradisional sebagai mandian untuk mewangikan badan.
- Selain itu, akarnya juga dikeringkan dan disimpan sebagai pewangi almari atau barang-barang penting seperti batik dan keris.
- Daunnya turut dikeringkan dan dianyam menjadi tikar.
Rujukan Herba:
Produk Lain: