Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Som Jawa
(Talinum triangulare)
PORTULACACEAE
- Sinonim: Talinum paniculatum, Portulaca paniculata.
- Juga dikenali dengan nama Akar Som, Kolesom, Ginseng Jawa, Ulam Ginseng, Daun Ginseng, Gelang Porslen, Krokot Belanda, Panicled Fameflower atau Jewels of Opar.
- Berbatang lembut tidak berkayu dengan bunga 5 kelopak berwarna ungu muda.
- Daun dan batang mengandungi lendir.
- Menghasilkan buah bersaiz kecil dengan biji benih berwarna hitam apabila matang.
- Akar yang sudah tua membentuk umbisi seakan ginseng.
- Hidup dengan subur di kawasan separa teduh dan tanah bersaliran baik.
- Seluruh tumbuhan digunakan dalam bentuk segar dan kering secara tradisional mengikut fungsinya untuk merawat lemah tenaga batin, bisul, bengkak, kurang selera makan, paru-paru lemah, keputihan, haid tidak teratur dan masalah susu ibu terlalu sedikit.
- Bersifat neutral dan berasa manis, sedikit pedas.
- Turut diamalkan secara tradisi oleh penduduk tempatan sebagai ulam bersama nasi untuk awet muda atau digoreng terlebih dahulu.
- Penggunaan herba ini sebagai ubat dalaman harus mendapat nasihat daripada pakar herba bagi mengelakkan keracunan.
Rujukan Herba:
Produk Lain:


Sundal Malam
(Polianthes tuberosa)
AGAVACEAE
- Juga dikenali sebagai Rajnigandha (India), Tuberose, Mistress of the Night, Sedap Malam (Indonesia), Ye Lai Xiang (Singapore), Gole Maryam (Iran), Sambangi/ Nilasambangi (Tamil Nadu).
- Berasal daripada Amerika Tengah.
- Sering kali disalah anggap sebagai bunga Sundal Malam yang dikenali sebagai Ratkirani (Cestrum nocturnum).
- Jenis pokok berumpun seperti spider lily atau bunga bakung.
- Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifat yang berbeza.
- Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal sehingga ia kering dan layu.
- Sesetengah ahli botani mengkelaskan tumbuhan ini sebagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainnya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).
- Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.
- Membiak dengan ubi atau bebawang.
- Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.
- Memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Gelang Pasir
(Portulaca oleraceae L.)
PORTULACACEAE
- Juga dikenali sebagai hemilang, rumput beremi, segan jantan, Common Purslane, Verdolaga, Pigweed, Little Hogweed and Pusley.
- Mempunyai sifat antivirus, antibakteria, antikulat, mengurangkan aktiviti sistem saraf, dan mengurangkan gula dalam darah.
- Tumbuhan ini tumbuh merayap atau menjalar, menyimpan banyak air dan mempunyai banyak cabang.
- Daunnya ringkas dan kecil dengan bunga berwarna kuning bagi jenis liar.
- Gelang pasir jenis hiasan mempunyai banyak warna.
- Dipercayai antara jenis sayuran awal yang digunakan oleh manusia sebagai sumber makanan.
- Seluruh bahagian pokok digoreng atau dibuat sup seperti sayur lain.
- Pucuk dan daun muda boleh dimakan mentah.
- Telah direkodkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam senarai tumbuhan ubatan herba paling kerap digunakan.
- Haiwan ternakan yang makan terlalu banyak gelang pasir boleh mati disebabkan keracunan nitrat.
Khasiat Perubatan:
- Seluruh bahagian tumbuhan ini dimakan sebagai sayur mentah atau direbus dan diminum airnya untuk melawaskan buang air kecil, air besar, merawat reumatisme, ginekologi (sakit puan),
- Ia turut digunakan bagi mengurangkan rasa sakit, tonik jantung, tonik umum, penenang, ubat demam panas, penawar racun, masalah saluran kencing, cirit-birit, penyakit akibat kecacingan, dan menghentikan pendarahan.
- Gelang pasir ditumbuk lumat dan ditamapal pada pelbagai penyakit kulit seperti ulser, ekzema, tumor, bengkak, luka teruk, kelecuran, buasir,bisul, gigitan serangga, sengatan kala atau lipan, patukan ular dan sebagainya.
- Cecairnya pula digunakan sebagai losyen mata.
Rujukan Herba:
Produk Lain: