Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

Damiana
(Turnera diffusa)
TURNERACEAE
- Juga dikenali sebagai “Turnera aphrosidiaca”, bunga lidah kucing atau bunga pukul lapan.
- Digunakan sebagai perangsang syahwat (aphr0disiak) bagi lelaki dan wanita di Mexico.
- Turut digunakan untuk merawat sakit kepala dan untuk mengawal “bed-wetting”.
- Tidak sesuai untuk sesetengah pesakit seperti penghidap Alzheimer, kencing manis, Parkinson dan mereka yang mengalami masalah psikiatri.
- Popular sebagai tanaman landskap kerana warna bunganya yang terang.
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Naga Buana
(Phyllanthus pulcher)
EUPHORBIACEAE
- Mudah hidup dan boleh dijadikan sebahagian landskap menghiasi laman rumah.
- Tumbuhan semak ini boleh tumbuh setinggi 60cm.
- Mempunyai bunga halus kira-kira 0.5cm panjang, berwarna merah dan buah yang kecil.
- Hidup dengan baik di tempat terbuka.
- Dipercayai dapat mengubati sakit gigi, melecur, panas badan dan sakit perut.
- Getah yang mengalir dari daun naga buana selepas ia dipetik hanya perlu dititikkan terus pada gigi yang sakit terutama ketika anda sedang menahan sakit berdenyut-denyut akibat gigi berlubang.
- Bagi mengurangkan kesakitan akibat melecur pula, beberapa helai daun naga buana perlu dikisar atau dihancurkan terlebih dahulu sebelum ditampalkan pada bahagian yang sakit.
Rujukan Herba:
Produk Lain: