Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

bunga ulam daun ulam

Ulam Raja

(Cosmos caudatus)

ASTERACEAE

  • Juga dikenali sebagai ‘pelampung’, ‘King Salad’ dan ‘intan berayun’.
  • Membiak dengan menggunakan biji benih.
  • Daunnya mempunyai bau yang agak kuat apabila diramas.
  • Pucuk diambil sebagai ulam mentah dalam pemakanan harian.
  • Mengandungi vitamin A dan mineral kalsium yang penting untuk kesihatan tulang.
  • Direbus dan diminum sebagai ubat herba untuk mencuci darah, tonik otot, dan menguatkan tulang.
Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

bwg serai bwgseraibga2 bebwg jabu

Bawang Serai

(Eleutherine bulbosa)

IRIDACEAE

  • Juga dikenali sebagai bawang jabu dan bawang Filipina.
  • Bebawang dibersihkan dan dibuat sup bercampur daging.
  • Menjadikan lauk atau kuah berwarna merah.
  • Bebawang herba ini digunakan untuk merawat senggugut, bengkak usus hujung, burut, disentri dan menambah darah.
  • Wanita hamil atau ingin hamil tidak sesuai mengambil herba ini.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

mangun

Mangun

(Melissa officinalis)

LAMIACEAE

  • Popular dengan nama “mangun” di kalangan penduduk kampung di Kuala Pilah.
  • Daun seperti nilam tetapi lebih tebal dan berbau lemon.
  • Dicampur di dalam penyediaan tempoyak bagi sesetengah penduduk kampung.
  • Turut digunakan dalam masakan gulai tempoyak bersama dengan daun-daun lain.
  • Juga dikenali sebagai Balm mint, Bee balm, Blue balm, Garden balm, Honey plant, Sweet balm.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell processed herb\'s product.