Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.

halia bangkok buah lengkuas genting

Lengkuas Genting

(Alpinia conchigera)

ZINGIBERACEAE

  • Tumbuhan tahan lasak yang mudah dijaga.
  • Turut dikenali dengan nama saintifik Languas conchigera, Lengkuas kecil, Lengkuas Padang, Halia Bangkok, Lesser Ginger atau Joint-whip Ginger.
  • Mempunyai daun seakan lengkuas dengan saiz lebih kecil.
  • Menghasilkan bunga kecil berwarna merah kekuningan dan buah.
  • Biji tumbuhan mengeluarkan aroma yang kuat.
  • Minyak pati herba ini bersifat antimikrob, antifungal dan antiinflamasi.
  • Secara tradisional digunakan untuk merawat keradangan, bengkak badan, bisul, sakit dalam tulang, kutu di kepala, panau dan penghasilan jamu selepas bersalin.
  • Rizom tumbuhan ini turut digunakan di dalam penyediaan makanan.

Rujukan :

Produk Lain:

tempahan

 

Halia Bara

(Zingiber officinale var. rubrum)

ZINGIBERACEAE

  • Juga dikenali sebagai Halia Merah, Jahe Emprit, Halia Udang.
  • Ketinggian tumbuhan antara 15-30 cm.
  • Daun kelihatan seperti pokok halia, halia padi atau bonglai.
  • Memiliki rizom bersaiz kecil daripada halia biasa.
  • Saiz rizom seakan halia padi tetapi berwarna merah dengan isi kekuningan dan terasa pedas.
  • Telah lama digunakan dalam penghasilan jamu secara tradisional untuk membuang angin dari dalam tubuh, memanaskan badan dan rawatan selepas bersalin.
  • Turut digunakan untuk merawat kesan gigitan serangga, masalah kelemumur, melegakan demam, merawat resdung dan mengurangkan sengal-sengal sendi.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

lemuju

Daun Jinten/ Lemuju

(Coleus aromaticus Benth)

LABIATEAE

  • Juga dikenali dengan nama Daun jinten, Bangun-bangun, Daun Hati-hati, Oregano Malaysia, Indian Borage, Cuban Oregano, Tramun, Acerang, Mahja, Nereng dan Iwak.
  • Nama saintifik lain : Coleus amboinicus atau Plechtranthus amboinicus.
  • Mempunyai batang separa berkayu, beruas da mudah patah..
  • Ruas yang menempel di tanah akan tumbuh akar.
  • Batang yang masih muda berwarna hijau muda dan berbulu.
  • Daun tunggal yang tebal, bentuk bujur telur, tepi bergigi dan permukaanya berbulu.
  • Daun dan batangnya yang patah, dihancurkan atau diramas akan mengeluarkan cecair berwarna coklat kehitaman.
  • Mempunyai rasa yang kuat, berbau harum dan membuat rasa pedar di lidah serta sedikit masam.
  • Seluruh tanaman boleh digunakan untuk perubatan.
  • Tumbuhan ini digunakan sebagai herba atau rawatan alternatif bagi merawat asma, batuk, demam, sariawan, sakit kepala, reumatik, perut kembung dan perangsang syahwat mengikut dos yang tertentu.
  • Hidup dengan baik di tempat teduh atau separa teduh dengan tanah yang tidak menakung air.
  • Sekiranya di tempat panas, daun akan mengecil dan jarang-jarang.

Rujukan Herba:

Produk Lain:

tempahan

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell processed herb\'s product.