Seri Subuh Agrofarm

Kami telah membuat penghantaran tempahan pelbagai anak pokok herba dalam bentuk polibag, biji benih, keratan, rizom, rumpun, bebawang, umbisi untuk Semenanjung Malaysia semenjak tahun 2008 :)

Setawar Barah

Daun Dewa

(Gynura segetum Lour./ Gynura pseudochina)

COMPOSITAE/ ASTERACEAE

  • Juga dikenali sebagai Beluntas Cina, Setawar Barah atau Samsit. Herba yang tumbuh tegak dengan ketinggian mencapai 50cm ini memiliki bunga berwarna kuning dan menghasilkan ubi yang mempunyai bentuk tidak teratur. Hidup dengan baik di dataran rendah dan tanah yang bersaliran baik.

Produk Lain:

tempahan

One Response to “Daun Dewa”

  1. cidimidi says:

    Dipetik dari Melur.com

    menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa.

    Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor.Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman.Basuh pada keesokkan harinya.Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam.untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan ada bisul.

    ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku. untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml.Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

Perniagaan online ini bertempat di Negeri Sembilan, Malaysia. Pembelian di nurseri hanya dibenarkan melalui temujanji awal

This is an online shop located at Negeri Sembilan, Malaysia. Make an appointment to visit us.

Tel: 016-966 2747 (SMS/ Whatsapp)