Daun Dewa
(Gynura segetum Lour./ Gynura pseudochina)
COMPOSITAE/ ASTERACEAE
- Juga dikenali sebagai beluntas cina, setawar barah atau samsit.
- Herba yang tumbuh tegak dengan ketinggian mencapai 50cm.
- Berbatang hijau dengan garis alur memanjang.
- Daunnya tunggal bertangkai pendek, berbulu di kedua-dua permukaan dengan bentuk bundar telur memanjang.
- Warna daun lebih gelap di permukaan sebelah atas.
- Mempunyai bunga berbentuk bonggol yang terletak di hujung tangkai, berwarna kuning.
- Menghasilkan ubi yang mempunyai bentuk tidak teratur di pangkal batang.
- Dibiakkan dengan menggunakan pecahan rumpun atau umbi.
- Tumbuh dengan baik di dataran rendah dan tanah yang bersaliran baik.
- Seluruh tanaman boleh digunakan untuk rawatan herba.
- Antara penyakit yang boleh dirawat menggunakan daun dewa ialah sakit jantung, kanser, batuk darah, tidak datang haid, ketuat, pembengkakan payudara, luka, infeksi kerongkong, digigit binatang berbisa.
Rujukan Herba:
Produk untuk Tempahan:
- Benih: RM13.00/ polibag
Lihat: Terma dan Syarat








Dipetik dari Melur.com
menurut kajian yang dijalankan oleh Fakultas Farmasi UGM dan Badan Tenaga Nuklir Nasional (BATAN) Indonesia, etanol yang terdapat pada ekstraknya didapati dapat menghalang pertumbuhan sel kanser paru-paru pada tikus.Kajian juga dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa sebuah universiti di Indonesia terhadap pertumbuhan pembuluh darah pada telur ayam. mereka mendapati telur ayam yang diberikan ekstrak daun dewa menunjukkan pembentukan pembuluh darah yang lambat berbanding biasa.
Khasiat daun dewa di perolehi dari daun dan ubinya.daunnya boleh dimanafaatkan untuk mengubati ketuat dan tumor.Untuk mengubati ketuat daunnya dihancurkan dan letakkan pada ketuat dan biarkan semalaman.Basuh pada keesokkan harinya.Lakukan hingga ketuat mati. Untuk membantutkan pertumbuhan tumor daunnya boleh dimakan mentah sebagai ulam.untuk mengubati bisul pula kaedah yang digunakan ialah dengan menampal daun yang dilumatkan ada bisul.
ubinya pula boleh digunakan untuk mengubati lebam kerana ia boleh menghilangkan darah beku. untuk pengubatan kanser pula antara ramuan yang biasa dibuat ialah dengan memcampurkan 30g daun dewa dengan 20g temu putih dan 30 g rumput jombang atau lebih kita kenali dengan nama dandelion. ketiga-tiga tumbuhan ini direbus dengan 600ml air sehingga ia hanya tinggal 300ml.Air rebusannya ditapis dan diminum apabila suam setiap hari sehingga penyakit berkurang.Ubinya yang dihancurkan juga boleh dijadikan penawar gigitan ular.