Seri Subuh Agrofarm

Kami telah membuat penghantaran tempahan pelbagai anak pokok herba dalam bentuk polibag, biji benih, keratan, rizom, rumpun, bebawang, umbisi untuk Semenanjung Malaysia semenjak tahun 2008 :)

houttuynia-cordata

Dokudami/ Fish-Mint Plant

(Houttuynia cordata)

SAURURACEAE

  • Turut dikenali sebagai Hanyir ikan, Fish-mint, Fishy-smell herb, Heartleaf, Lizardtail, Fishwort, Houttuynia, Chameleon plant, Bishop’s weed, Ji cai, Yagmomil, 鱼腥草, 魚腥草, yúxīng cǎo. Dokudami bermaksud ‘poison blocking plant’. Daun berbau hanyir yang kuat apabila dihancurkan. Popular digunakan di Jepun, Vietnam dan sesetengah tempat di India sebagai penambah rasa masakan serta diambil sebagai teh tonik herba. Turut diambil sebagai ulam/ salad atau dijadikan chutney bersama ikan kering, cili, asam jawa. Herba ini hidup dengan baik di kawasan bertakung air seperti kesum. Separa teduh untuk daun yang lebih lebar, Merupakan tumbuhan jenis melekap ke tanah.

Produk Lain:

tempahan

Comments are closed.

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

Perniagaan online ini bertempat di Negeri Sembilan, Malaysia. Pembelian di nurseri hanya dibenarkan melalui temujanji awal

This is an online shop located at Negeri Sembilan, Malaysia. Make an appointment to visit us.

Tel: 016-966 2747 (SMS/ Whatsapp)