Seri Subuh Agrofarm

Kami telah membuat penghantaran tempahan pelbagai anak pokok herba dalam bentuk polibag, biji benih, keratan, rizom, rumpun, bebawang, umbisi untuk Semenanjung Malaysia semenjak tahun 2008 :)

jeruju daruju acanthus

Jeruju Putih

(Acanthus ilicifolius)

ACANTHACEAE

  • Tumbuhan herba yang turut dikenali sebagai Daruju, Holly-leaved Mangrove, Sea Holly ini hidup dengan baik di kawasan yang bersaliran kurang baik.  Memiliki daun yang agak keras dan tajam berduri. Tidak sesuai di kawasan rumah yang memiliki anak kecil. Di Indonesia, batang atau daun jeruju putih digunakan untuk mengeringkan padi yang disimpan di dalam guni. Di Malaysia pula, jeruju putih sering digunakan untuk mencegah gigitan ular berbisa iaitu dengan mengunyah daunnya. Dalam perubatan tradisional, jeruju putih pula mempunyai banyak kegunaan dan khasiat. Ia dikatakan boleh mengatasi masalah keguguran rambut, mengubati luka, bisul, membersih darah, merawat masalah alahan kulit serta batu karang. Dapatkan nasihat pengamal perubatan herba untuk menggunakannya sebagai ubat dalaman.

Produk Lain:

tempahan

Comments are closed.

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

Perniagaan online ini bertempat di Negeri Sembilan, Malaysia. Pembelian di nurseri hanya dibenarkan melalui temujanji awal

This is an online shop located at Negeri Sembilan, Malaysia. Make an appointment to visit us.

Tel: 016-966 2747 (SMS/ Whatsapp)