Kecubung Putih
(Datura metel Linn.)
SOLANACEAE
- Juga dikenali sebagai kecubung kampung, Datura alba, Datura fastuosa, Datura stramonium, Angel’s Trumpet, Devil’s Trumpet, Downy-thorn Apple, Zombie Cucumber,
- Sejenis pokok herba renek yang dikenali sebagai tumbuhan beracun terutama kecubung putih kerana ia mengandungi sebatian alkoloid beladona.
- Batang kecubung keras berkayu dan bercabang banyakdengan ketinggian lebih kurang 2 meter.
- Kecubung dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang.
- Tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
- Bunga kecubung jenis ini berbentuk serombong yang besar dan berwarna putih.
- Warnanya bunga kecubung lain yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren.
- Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya.
- Kandungan kimia dalam kecubung ialah hiosin,oksalik,lemak dan hyosiamin.
- Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.
- Kini kecubung banyak ditanam ebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yng cantik dan unik.
- Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti angin pasang, asma, rheumatik, sakit pinggang dan bisul.
Amaran Keselamatan:
- Semua bahagian tumbuhan ini beracun.
- Elakkan membakar cantasan bahagian tumbuhan ini di tempat awam.
- Keracunan hanya akan berlaku sekiranya termakan atau terhidu asap pembakaran bahagian tumbuhan ini dalam kuantiti besar.
- Gejala-gelaja keracunan yang boleh dikesan termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma.
- Jika terdapat gejala keracunan kecubung selepas menggunakannya, terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
Rujukan Herba:




