Kunyit Hitam/ Black Tumeric
(Curcuma caesia)
ZINGIBERACEAE
- Turut dikenali sebagai Kali haldi.
- Rizom berwarna biru kehitaman dan semakin gelap apabila semakin tua, mengeluarkan bau yang kuat dan berasa agak pahit jika dimakan.
- Bahagian atas daunnya mempunyai tanda garisan berwarna merah hati ditengah-tengah dan batangnya berwarna gelap di pangkal.
- Mempunyai persamaan yang hampir dengan temu hitam (Curcuma aeruginosa) namun dapat dibezakan melalui warna rizomnya yang lebih gelap dan bau rizomnya.
- Popular kerana nilai perubatannya yang unik.
- Dipercayai dapat memanjangkan umur dan mempunyai nilai mistik.
- Digunakan secara tradisional untuk merawat kecacingan, menambah selera makan, kecergasan selepas haid dan nifas, sakit perut, asma, penyakit sendi, tumor, kusta serta penyakit kulit yang lain dan sebagainya.
- Sukar untuk didapati dan diancam kepupusan.
Rujukan Herba:
- Wikispecies (English)
Produk untuk Tempahan:
- Benih: RM 55.00/polibag.
Lihat: Terma dan Syarat.







