Kunyit Putih
(Kaempferia rotunda L.)
ZINGIBERACEAE
- Juga dikenali sebagai White Tumeric, kunir putih, temu putri atau kunci pepet. Ada juga yang mengenalinya dengan nama latin Curcuma alba.
- Daunnya seperti kunyit tetapi mempunyai warna merah hati gelap di belakang.
- Isinya berwarna putih seperti kapur.
- Tumbuh dengan baik di kawasan yang redup dan agak tersorok.
- Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat kembung perut dan lain-lain.
- Dikatakan berkhasiat untuk merawat kanser kerana mempunyai sifat anti-kanser namun masih tidak dapat dibuktikan.
Rujukan Herba:






Salam..
Ada x kunyit hitam yg betul2 wara hitam di luar dan dalamnya?
Jika ada,saya ingin membelinya..
TQ
W’salam.
Kami sudah membalas di emel anda. Ada kunyit hitam tersebut. Dikenali sebagai Curcuma aeruginosa. Kami akan paparkan tidak lama lagi di web ini.
Sebarang maklumat tentang tumbuhan ini sangat dialu-alukan untuk dikongsi bersama.
salam.saya nak tanya,induk pokok kunyit jenis curcuma longa (nama saintifik),ada tak?
W’salam Haikal.
Curcuma longa tu kunyit biasa/ kunyit makan. Kami ada jual juga. Di dalam polibag. Rujuk emel kami kepada anda. Terima kasih.
salam, saya keliru dengan nama sintifik kunyit hitam adakah curcuma caesia atau curcuma Aeruginosa dan apakah nama sintifik Temu hitam pula?
Terima Kasih.
wa’alaikum salam.
Terima kasih kerana bertanya.
Nama saintifik bagi kunyit hitam ialah Curcuma caesia.. Temu hitam pula Curcuma aeruginosa