Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba, herba kering dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Harga yang dinyatakan adalah termasuk penghantaran bagi Semenanjung Malaysia.

lemuju

Daun Jinten/ Lemuju

(Coleus aromaticus Benth)

LABIATEAE

  • Juga dikenali dengan nama Daun jinten, Bangun-bangun, Daun Hati-hati, Oregano Malaysia, Indian Borage, Cuban Oregano, Tramun, Acerang, Mahja, Nereng dan Iwak.
  • Nama saintifik lain : Coleus amboinicus atau Plechtranthus amboinicus.
  • Mempunyai batang separa berkayu, beruas da mudah patah..
  • Ruas yang menempel di tanah akan tumbuh akar.
  • Batang yang masih muda berwarna hijau muda dan berbulu.
  • Daun tunggal yang tebal, bentuk bujur telur, tepi bergigi dan permukaanya berbulu.
  • Daun dan batangnya yang patah, dihancurkan atau diramas akan mengeluarkan cecair berwarna coklat kehitaman.
  • Mempunyai rasa yang kuat, berbau harum dan membuat rasa pedar di lidah serta sedikit masam.
  • Seluruh tanaman boleh digunakan untuk perubatan.
  • Tumbuhan ini digunakan sebagai herba atau rawatan alternatif bagi merawat asma, batuk, demam, sariawan, sakit kepala, reumatik, perut kembung dan perangsang syahwat mengikut dos yang tertentu.
  • Hidup dengan baik di tempat teduh atau separa teduh dengan tanah yang tidak menakung air.
  • Sekiranya di tempat panas, daun akan mengecil dan jarang-jarang.

Rujukan Herba:

Produk untuk Tempahan:

  • Benih: RM13.00/ polibag

Lihat: Terma dan Syarat.

tempahan

Leave a Reply

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)
E-mel: amhonaz@gmail.com/ amhoain@streamyx.com

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell dried herbs.