Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba, herba kering dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Harga yang dinyatakan adalah termasuk penghantaran bagi Semenanjung Malaysia.

markibga markifruit markitree

Markisa Kuning/ Passion Fruit

(Passiflora edulis f . flavicarpa)

PASSIFLORACEAE

  • Tumbuhan yang hidup liar menjalar dan melilit tumbuhan lain.
  • Mempunyai sulur paut pada pangkal daunnya.
  • Buahnya dikategorikan sebagai jenis beri berasa masam manis.
  • Bunganya mempunyai aroma yang unik dan mempunyai nilai perubatan serta sejarah tersendiri.
  • Hanya 30 spesies daripada 400 genus Passiflora yang menghasilkan buah dan boleh dimakan manakala selebihnya digunakan sebagai tanaman hiasan.
  • Terdapat 2 varieti yang dikomersialkan iaitu markisa berkulit kuning ( Passiflora edulis f. flavicarpa)  dan kulit ungu (Passiflora edulis sim) .
  • Buah markisa ungu sesuai dimasak sebagai sayuran dan dimakan mentah, manakala buah markisa kuning sesuai dibuat jus kordial.
  • Varieti markisa kuning mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding markisa ungu di Malaysia.
  • Pulpa buah markisa boleh dijadikan jem,  agar-agar perasa atau  campuran kepada yoghurt dan aiskrim.
  • Jusnya merupakan sumber  pro-vitamin A,  niasin, riboflavin,  dan vitamin C.
  • Kulit buah markisa yang mempunyai perikarp tebal dijadikan makanan ternakan.

Rujukan Herba:

Produk untuk Tempahan:

  • Benih : RM 8.00/ polibag.

Lihat: Terma dan Syarat.

tempahan

Leave a Reply

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)
E-mel: amhonaz@gmail.com/ amhoain@streamyx.com

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell dried herbs.