Seri Subuh Agrofarm

Kami telah membuat penghantaran tempahan pelbagai anak pokok herba dalam bentuk polibag, biji benih, keratan, rizom, rumpun, bebawang, umbisi untuk Semenanjung Malaysia semenjak tahun 2008 :)

nilam cina nilam india

Nilam Cina / Nilam India / Malabar Catmint

(Anisomeles indica)

LAMIACEAE

  • Nilam ini berbeza dengan Patchouli (Pogostemon cablin) tetapi tergolong dalam keluarga yang sama. Menghasilkan bunga berwarna ungu seperti ati-ati / coleus sepanjang tahun dengan ketinggian mencapai 3 kaki. Daun dan batang muda digunakan sebagai rawatan alternatif untuk masalah seperti sakit gigi, panas badan, dispepsia, kolik bayi, rheumatism, sakit sendi, sakit perut dan sebagainya. Herba separa berkayu ini boleh disemai dengan biji benih. Memerlukan bekalan air yang mencukupi dan separh teduh untuk mengelakkan daunnya lecur. Pastikan tanahnya tidak menakung air dan bersaliran baik untuk akar yang sihat.

Produk Lain:

tempahan

Comments are closed.

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

Perniagaan online ini bertempat di Negeri Sembilan, Malaysia. Pembelian di nurseri hanya dibenarkan melalui temujanji awal

This is an online shop located at Negeri Sembilan, Malaysia. Make an appointment to visit us.

Tel: 016-966 2747 (SMS/ Whatsapp)

%d bloggers like this: