Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba dalam pelbagai bentuk dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Penghantaran adalah terhad bagi Semenanjung Malaysia sahaja.
Posted by admin February - 27 - 2009 - Friday 1 COMMENT

Ketumbar Jawa
(Eryngium foetidum)
APIACEAE
- Juga dikenali sebagai daun sup, udu muduk (Kelabit), Jeraju Gunung, Kangkung Kerbau atau long coriander.
- Daun segar dicampurkan dengan ulam-ulaman, hidangan nasi dan sebagai penambah perisa dalam makanan.
- Ia biasanya digunakan oleh kaum Cina untuk menggantikan daun sup.
Rujukan Herba:

Naga Buana
(Phyllanthus pulcher)
EUPHORBIACEAE
- Mudah hidup dan boleh dijadikan sebahagian landskap menghiasi laman rumah.
- Tumbuhan semak ini boleh tumbuh setinggi 60cm.
- Mempunyai bunga halus kira-kira 0.5cm panjang, berwarna merah dan buah yang kecil.
- Hidup dengan baik di tempat terbuka.
- Dipercayai dapat mengubati sakit gigi, melecur, panas badan dan sakit perut.
- Getah yang mengalir dari daun naga buana selepas ia dipetik hanya perlu dititikkan terus pada gigi yang sakit terutama ketika anda sedang menahan sakit berdenyut-denyut akibat gigi berlubang.
- Bagi mengurangkan kesakitan akibat melecur pula, beberapa helai daun naga buana perlu dikisar atau dihancurkan terlebih dahulu sebelum ditampalkan pada bahagian yang sakit.
Rujukan Herba:
Produk Lain:

Pecah Kaca
(Strobilanthes crispus)
ACANTHACEAE
- Merupakan tumbuhan daripada Madagascar dan telah dibawa ke Indonesia.
- Juga dikenali sebagai pecah beling atau jin batu.
- Dikenalpasti kali pertama oleh Thomas Anderson (1832-1870) yang telah mengelaskan tumbuhan ini dibawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gemnosperma).
- Daunnya digunakan untuk merawat kanser, diabetes, dan masalah batu karang.
- Mudah membiak melalui keratan batang.
- Tumbuhan ini mngandungi kalsium karbonat yang tinggi, potassium, vitamin C, B1 dan B2.
- Ia juga bersifat anti-oksida.
- Air rebusannya bersifat alkali lemah.
- Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakannya (1992) mendapati ekstrak air tumbuhan ini mempunyai molekul dan kompaun yang mampu merencatkan pertumbuhan retrovirus seperti HIV yang menjadi punca penyakit AIDS.
Rujukan Herba:
Produk Lain: