Sambung Nyawa
Gynura procumbens
COMPOSITAE
- Juga dikenali sebagai akar sebiak, sambung hayat, kelemai merah, kacam akar.
- Digunakan secara meluas dalam perubatan di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
- Berkhasiat untuk mengurangkan kadar kolestrol dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Juga digunakan untuk merawat sembelit, kencing manis (diabetes), kanser dan masalah buah pinggang.
- Daun yang dikeringkan dihancurkan dan dicampur dengan minyak untuk digunakan sebagai minyak salap merawat ruam.
- Dimakan sebagai ulam sehelai setiap hari dikatakan dapat mengurangkan risiko terkena sakit jantung.
- Pengambilan berlebihan daun segar atau jus segar herba ini boleh mengakibatkan rasa loya, mual dan muntah kerana cecair daun ini bertindak menurunkan kandungan gula dalam darah.
- Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tekanan darah rendah.
- Terdapat dua jenis iaitu sambung nyawa hijau dan ungu.
- Sambung nyawa jenis ungu sukar didapati.
- Batang sambung nyawa hijau yang tua mempunyai bintik-bintik keunguan manakala sambung nyawa ungu mempunyai daun yang hijau keunguan dengan batang berwarna gelap.
- Mudah membiak melalui keratan batang.
- Herba menjalar yang tumbuh dengan baik di kawasan yang agak redup dan mempunyai kelembapan yang sedernana tanpa air bertakung.
- Boleh tumbuh setinggi 4m jika dapat bersandar atau memanjat pokok lain.
- Mempunyai bunga tetapi jarang berlaku di Malaysia.
Rujukan Herba:
- IPTEK
- Wikipedia (Melayu)
- Terapi Alami: Tumbuhan Hiasan, Utusan Publication and Distributors (Ong Hean Chooi)
Produk untuk Tempahan:
- Benih: RM 7.00/ polibag
Lihat: Terma dan Syarat







[...] Khasiat yang lain seakan sambung nyawa hijau. [...]