Seri Subuh Agrofarm

Kami telah membuat penghantaran tempahan pelbagai anak pokok herba dalam bentuk polibag, biji benih, keratan, rizom, rumpun, bebawang, umbisi untuk Semenanjung Malaysia semenjak tahun 2008 :)

Selom

Selom/ Java Water Dropwort

(Oenanthe javanica)

UMBELLIFERAE

  • Turut dikenali dengan nama Pelampung, Piopo, Water Celery, Seri, Silom, Water Parsley, Shui Qin, Chinese Celery, Japanese Parsley .
  • Diambil sebagai ulam seperti pegaga dan ulam raja atau dicicah bersama cencaluk, budu dan lain-lain.
  • Hidup dengan baik di kawasan lembap dan berair.
  • Daunnya berbau harum dan rangup bila dimakan.
  • Mengeluarkan jambakan bunga bersaiz kecil, berwarna putih pada bahagian pucuk batang.
  • Mempunyai batang  yang beruas dan berongga.
  • Tumbuh tegak dari batang yang merayap secara mendatar.
  • Selom dikatakan baik untuk membersihkan kandungan toksik di dalam darah.
  • Secara tradisional, daun dan batang selom dihancurkan dan dipupuk pada kawasan kulit luaran yang terkena bisul, digigit kuda, ular, kala jengking dan mengurangkan rasa sakit akibat pembengkakan.
  • Terdapat beberapa spesies dari keluarga selom yang tidak selamat untuk dimakan kerana mengandungi oenanthotoxin.
  • Spesies yang mengandungi toksik dikatakan hidup liar dan dapat dikenalpasti melalui daunnya yang berwarna merah.

Rujukan Herba :

Produk Lain:

tempahan

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

Perniagaan online ini bertempat di Negeri Sembilan, Malaysia. Pembelian di nurseri hanya dibenarkan melalui temujanji awal

This is an online shop located at Negeri Sembilan, Malaysia. Make an appointment to visit us.

Tel: 016-966 2747 (SMS/ Whatsapp)