Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba, herba kering dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Harga yang dinyatakan adalah termasuk penghantaran bagi Semenanjung Malaysia.

polianthestuberosa polianbwg

Sundal Malam

(Polianthes tuberosa)

AGAVACEAE

  • Juga dikenali sebagai Rajnigandha (India), Tuberose, Mistress of the Night, Sedap Malam (Indonesia), Ye Lai Xiang (Singapore), Gole Maryam (Iran), Sambangi/ Nilasambangi (Tamil Nadu).
  • Berasal daripada Amerika Tengah.
  • Sering kali disalah anggap sebagai bunga Sundal Malam yang dikenali sebagai Ratkirani (Cestrum nocturnum).
  • Jenis pokok berumpun seperti spider lily atau bunga bakung.
  • Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifat yang berbeza.
  • Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal sehingga ia kering dan layu.
  • Sesetengah ahli botani mengkelaskan tumbuhan ini sebagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainnya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).
  • Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.
  • Membiak dengan ubi atau bebawang.
  • Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.
  • Memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

Rujukan Herba:

Produk untuk Tempahan:

  • Benih: RM 13.00 /polibag
  • Bebawang: RM 10.00/ 3 biji.

Lihat: Terma dan Syarat

tempahan

Leave a Reply

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)
E-mel: amhonaz@gmail.com/ amhoain@streamyx.com

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell dried herbs.