Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba, herba kering dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Harga yang dinyatakan adalah termasuk penghantaran bagi Semenanjung Malaysia.

tangkal ular
Tangkal Ular

(Laurentia longiflora (L.) Peterm)

CAMPANULACEAE

  • Juga dikenali dengan nama Isotoma longiflora, lidah payau, ki tolod, daun tolod, kendali, sangkobak, cantingan, kitombe, kuweung, bunga bintang, Star of Bethlehem (English).
  • Tumbuh liar di pinggir saluran air atau sungai, pematang sawah, sekitar pagar dan tempat-tempat lainnya yang lembab dan terbuka.
  • Ketinggian mencapai 60 cm dan bercabang dari pangkalnya.
  • Menghasilkan getah berwarna putih beracun yang akan merengsakan kulit apabila mana-mana bahagian tumbuhan ini dipatahkan.
  • Bunganya tegak, tunggal, keluar dari ketiak daun, bertangkai panjang, mahkota berbentuk bintang berwarna putih.
  • Manakala buahnya berupa buah kotak berbentuk lonceng, merunduk, merekah menjadi dua ruang, berbiji banyak.
  • Mudah membiak dengan menggunakan biji benih, keratan batang atau pecahan rumpun.
  • Digunakan untuk rawatan sakit gigi, asma, bronkitis,  luka, dan kanser.
  • Seluruh bahagian tumbuhan boleh digunakan dalam perubatan mengikut dos yang betul.

Rujukan Herba:

tempahan

Leave a Reply

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)
E-mel: amhonaz@gmail.com/ amhoain@streamyx.com

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell dried herbs.