Seri Subuh Agrofarm

Jualan Benih Herba. Dapatkan segera pelbagai anak benih herba, herba kering dan variasi produk herba di sini. Segalanya hanya dihujung jari. Harga yang dinyatakan adalah termasuk penghantaran bagi Semenanjung Malaysia.

Harga:

  • Harga produk yang diletakkan adalah harga termasuk penghantaran bagi SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.
  • Bagi pembelian secara borong, terma dan syarat adalah tertakluk kepada hasil perbincangan dengan pihak kami.

Pesanan:

  • Sila baca dan pastikan dengan betul produk yang hendak di pesan.
  • Harga pesanan produk yang diletakkan adalah harga termasuk penghantaran bagi SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.
  • Kami berhak untuk tidak menerima pesanan daripada pelanggan tertentu.
  • Sila buat pembayaran dalam masa SEMINGGU daripada tarikh pesanan dibuat.
  • Syarat-syarat yang dinyatakan ini adalah untuk pembelian dalam jumlah kecil.
  • Pesanan hanya sah selepas kami menerima pembayaran yang dibuat.
  • Bagi pembelian secara borong, terma dan syarat adalah tertakluk kepada hasil perbincangan dengan pihak kami.

Pembayaran:

  • Kami menerima bayaran menerusi wang yang dimasukkan ke dalam akaun BCB yang diberi sahaja.
  • Kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli kecuali dinyatakn sebaliknya.
  • Bukti pembayaran hendaklah dibuat dengan menyatakan maklumat berikut melalui SMS/ e-mel kepada kami:-
  1. Nama penuh,
  2. Alamat penerima,
  3. Tarikh/ Masa pembayaran,
  4. Jumlah pembayaran,
  5. Produk yang di pilih.
  • Kami akan membalas menerusi SMS/ e-mel sebagai pengesahan penerimaan bayaran.

Penghantaran:

  • Kami hanya menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh POS MALAYSIA sahaja .
  • Kami membenarkan pelanggan untuk membeli di nurseri.
  • Bagi pembelian secara borong, perkhidmatan Cash-on-Delivery (COD) atau ambil sendiri adalah mengikut terma dan syarat yang tertakluk kepada hasil perbincangan dengan pihak kami.
  • Produk akan dihantar selepas pengesahan bukti pembayaran dalam masa:-
  1. DUA (2) MINGGU bagi pesanan produk herba, biji benih, rizom, dan bebawang.
  2. EMPAT (4) MINGGU bagi pesanan anak benih pokok.
  • Penghantaran dilakukan pada kadar segera dalam tempoh 45 hari dari tarikh pihak kami menerima pembayaran pesanan.
  • Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk yang diterima, hubungi kami dengan menyatakan sebab dalam masa dua (2) hari.
  • Jika anda hendak menuntut ganti rugi, kos penghantaran pengembalian produk ditanggung sendiri.
  • TIADA perkhidmatan COD dan/atau AMBIL SENDIRI untuk pemulangan produk.
  • Kami TIDAK bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan dan/atau kehilangan produk semasa penghantaran oleh pihak kurier.

Jika anda bersetuju dengan terma dan syarat kami, teruskan mengisi borang pesanan. Sebarang masalah juga boleh dikemukakan melalui borang tersebut atau menghantar SMS kepada kami.

Terima kasih.

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

No. 3, Kg. Gemetir Baru, 71500 Tg. Ipoh, Negeri Sembilan.
Tel: 016-966 2747 (SMS sahaja)
E-mel: amhonaz@gmail.com/ amhoain@streamyx.com

ORGANIC HERBS! Our herbs are naturally grown from division or cuttings from our gardens. No chemical pesticides, herbicides or fertilizers are ever used. We grow herbs as plants with developed rootstocks and healthy root systems. We also sell dried herbs.