Seri Subuh Agrofarm

Kami telah membuat penghantaran tempahan pelbagai anak pokok herba dalam bentuk polibag, biji benih, keratan, rizom, rumpun, bebawang, umbisi untuk Semenanjung Malaysia semenjak tahun 2008 :)

Tongkat Ali / Long Jack
(Eurycoma longifolia)
SIMARAUBACEAE

  • Terdapat pelbagai produk minuman dan makanan tambahan yang dikeluarkan berasaskan akar tanaman herba Tongkat Ali. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit namun penghasilan akar yang baik dan mudah tuai memerlukan tanah yang sesuai. Pokok Tongkat Ali jarang dilihat bercabang. Daun bentuk pelepah dan menghasilkan buah dalam bentuk gugusan. Turut dikenali sebagai Pasak Bumi, Petala Bumi, Payung Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi, Penawar Pahit, Malaysian Ginseng atau Long Jack. Pasak Bumi juga merujuk kepada Tongkat Ali Putih (Polyathia bullata).  Akar Tongkat Ali direbus bagi meningkatkan stamina dan tenaga batin lelaki terutamanya. Ia juga boleh diambil oleh wanita selepas bersalin.

Produk Lain:

tempahan

Comments are closed.

About us

SERI SUBUH AGROFARM

(NS0041051-H)

Perniagaan online ini bertempat di Negeri Sembilan, Malaysia. Pembelian di nurseri hanya dibenarkan melalui temujanji awal

This is an online shop located at Negeri Sembilan, Malaysia. Make an appointment to visit us.

Tel: 016-966 2747 (SMS/ Whatsapp)